Thursday, October 15, 2009

COME BACK..

Posted by jimiFX 0 comments
FRIDAY 16/10/09 3.09am:
Tengah boring2 keja jaga site TM malam2 ni,aku amik kesempatan usha market GJ..Dah lama stop men forex ni..Just isik masa lapang..Hehe..Diam tak diam,akhirnyer aku dah grad jugak..Love UIAM..Lets TRADE..

BUY GJ:
SL 146.60
TP 150.76

Thursday, December 4, 2008

FOREX

Posted by jimiFX 2 comments
Pernahkah anda mendengar mengenai hari “Black Wednesday”? Ia berlaku pada 16 September 1992, di mana Bank of England (Bank Negara England) kerugian sebanyak GBP3.4 billion. Orang yang mengaut keuntungan besar di sebalik insiden ini digelar sebagai,



“The Man Who Broke the Bank of England”



Lelaki ini tidak lain dan tidak bukan adalah George Soros, pelabur Forex terkenal seluruh dunia. Soros melihat kelemahan British Pound dan kedegilan Bank of England menaikkan Interest Rates dan beliau mengambil position “short” sebanyak USD10 billion! Dan hasil ‘trade’ tersebut sahaja, beliau membawa pulang keuntungan



Melebihi USD1 Billion
HANYA 1 HARI!



Walaupun anda tidak mempunyai berbillion dollar, namun anda juga masih boleh menghasilkan duit dalam arena yang sama seperti Soros dan masih berpeluang menghasilkan duit yang lumayan (walaupun bukan billion) dan yang paling penting dalam masa yang singkat.



Apakah arena yang disebutkan ini? Ia dipanggil pasaran Forex. FOREX adalah singkatan dari The Foreign Exchange Market. Dan ia adalah di mana semua matawang di dunia ini didagangkan.



Mungkin anda pernah dengar tentang Forex, namun mungkin anda tidak tahu bahawa anda berpeluang untuk melakukan transaksi Forex atau ‘trade Forex’. Ini kerana pada awalnya, hanya ‘Big Boys’ atau bank yang bermodal besar sahaja yang dibenarkan untuk ‘trade’ Forex. Mereka –orang-orang terkaya di dunia dan bank-bank besar- dengan senyap dan cepat mengambil duit hasil titik peluh orang ramai yang dilabur di dalam Mutual Fund, Bond, dan mereka laburkan kembali ke pasaran Forex. Mengapa mereka berbuat sedemikian?

Friday, November 28, 2008

5 Level trader yang berjaya

Posted by jimiFX 0 comments

Trader Level 1
Level 1 Unconscious Incompetence

Ketika ini kamu menjadi trader kerana kamu mendengar bahawa pendapatan seorang trader boleh mengalahkan pendapatan seorang CEO. Ditambah pula pada waktu ini kamu telah profit 3 kali ganda, lalu apa susahnya?. Kamu mungkin boleh profit dengan hasil yang menakjubkan 100 point sampai 200 point per lot per hari, namun itu semua hanyalah beginner luck saja. kamu pada awalnya tidak percaya, dengan hanya mengunakan 1 indicator saja, atau bahkan hanya dengan insting kamu boleh profit. Namun sayangnya, market akan mengalahkan kamu. Tidak ada trader yang berjaya hanya dengan faktor LUCK. Loss demi loss menghampiri kamu, kamu cuba bertahan namun kalau sampai margin call, siapa yang boleh tahan??. Kamu sama sekali tidak menyedari bahawa kamu tidak boleh trading, kamu tetap berkata kamu boleh trading walaupun semua fakta berkata sebaliknya ( apakah bulan ini profit?, bulan kelmarin profit?, tahun ini profit? ). Kamu tetap berkata bahawa kamu adalah orang yang special, orang yang akan mampu mendapatkan kunci kekayaan dari trading. Dan kamu tidak menyedari bahawa 90% trader yang gagal juga mempunyai perasaan seperti itu.
Kamu tidak mempunyai sistem yang complete, kamu dikuasai oleh emosi kamu, kamu selalu averaging posisi jika loss kerana kamu marah pada market, kamu selalu take profit dalam jumlah yang kecil atau membiarkan profit berubah jadi loss kerana kamu dikuasai oleh GREED, kamu tidak pernah trading kerana kamu takut / FEAR. Kamu membiarkan diri kamu dikuasai oleh emosi sehingga margin equity kamu menderita. 90% orang yang trading hanya sampai pada level ini, mereka biasanya putus asa, berhenti trading dan menganggap ini semua hanya mimpi buruk belaka. sebahagian lagi mereka tetap mencari investor dan trading seperti orang gila. dalam sebulan atau dua bulan margin habis lalu mereka mencari mangsa lagi. Mereka masih mengaku sebagai trader namun sebenarnya mereka executor dan biasanya mereka ini dengan senang hati akan mengaku sebagai management di brokernya. lalu sebagian lagi akan tetap seperti biasa dan mengaku trader tetapi tidak pernah trading, mereka biasanya menyalahkan dirinya sendiri. Hanya masalah waktu, sampai bila mereka dapat bertahan di level ini dan waktu selalu menang. 90% Trader ada di level ini, dan hanya 10% sadar dan pindah ke level 2.

Trader Level 2
Level 2 Conscious Incompetence

Di level ini kamu sedar bahawa kamu tidak boleh trading, kamu tidak memiliki kemampuan untuk trading yang menghasilkan profit secara konsisten. Kamu sedar bahawa selama di level 1 fikiran kamu dikaburkan oleh emosi kamu sehingga kamu tidak boleh berfikir secara normal. Di level ini kamu akan mencari holy grail ( system yang sempurna, system yang 100% profit, system yang tidak pernah loss), kamu mulai membeli system yang ada di internet, kamu membaca semua website yang ada tentang trading mulai dari UK, USA, Australia, Europa sampai Russia, kamu baca semua ebook yang ada, kamu praktikan semua system yang kamu peroleh, kamu haus akan ilmu seperti seorang pengembara di padang pasir yang haus akan air minuman.
Pada level ini kamu akan membaca semua detail tentang indicator, kamu akan test semua indicator yang ada di metatrader, bahkan kamu mungkin akan membuat indikator sendiri ( biasanya gabungan 2 atau 3 indicator), kamu akan bermain-main dengan moving average, fibonnacci lines, pivot point, Fractals, Divergence, DMI. ADX, Bollinger Bands, dan ratusan indicator lainnya. Kamu tahu bahawa market terlalu rumit untuk di predict hanya dengan 1 indicator saja, kamu tahu kombinasi ideal dari masing-masing indicator. kamu tahu keberkesanan indicator tersebut dan juga kelemahannya.
Kamu akan mencuba meneka TOP dan BOTTOM dari market dengan indicator tersebut. kamu akan bergabung dengan chat room trader dan menanyakan pertanyaan-pertanyaan bodoh pada trader senior. kerana kamu tahu kalau kamu tidak bertanya sekarang maka selamanya kamu tidak akan tahu.
Pada akhirnya di level ini kamu akan mendapatkan 5 sampai 10 system yang lengkap dan mencuba mencari system mana yang paling sesuai dengan keperibadian kamu. Dari 10% trader yang ada di level ini, hanya sekitar 7% yang berhasil pindah ke level 3.

Trader Level 3
Level 3 The EUREKA Moment

Pada akhir level 2, kamu akhirnya menyedari punca masalah bukan terletak di system. Kamu menyedari bahawa kamu boleh mendapat profit jika hanya menggunakan system yang simple seperti moving average saja tanpa ada indicator lain, jika kamu boleh menggunakan otak kamu dan money management yang benar. Kamu mula membaca buku tentang psikologi trading, dan mengidentifikasi dengan characters yang dijelaskan dalam buku itu. Akhirnya datanglah the eureka moment. Level ini membuat otak kamu menyedari satu hal yang penting, di dunia ini tidak ada seorang pun yang mampu memprediksi secara acurate apa yang akan terjadi pada market 30 minit kemudian. Kamu mula menguasai satu system trading dan memodifikasinya sehingga sesuai dengan karakter kamu, dan mampu memberikan lebih banyak profit dibandingkan system yang asli. Kamu mula trading jika kamu tahu probability untuk profit lebih besar daripada untuk loss, kamu hanya trading jika ada signal dari system kamu, kamu selalu menggunakan stoploss, kerana kamu tahu stoploss adalah risiko bisnes yang ada dalam dunia trading. Ketika stoploss kamu kena, kamu tidak emosi kerana kamu tahu tak seorang pun boleh meramalkannya, dan itu bukan kesalahan kamu. Trading berikutnya akan meningkatkan probability profit kerana kamu tahu system kamu itu system yang profit. Kamu menyedari bahawa dalam dunia trading hanya ada satu hal yang penting iaitu konsistensi pada system, psikologi trading, money management dan disiplin kamu untuk melakukan trading apapun yang terjadi. Kamu mempelajari tentang money management, 2% risk perday, dan hal lainnya. Ini mengingatkan kamu 1 tahun yang lalu ketika ada yang memberi nasihat yang sama dan kamu memilih untuk mengacuhkannya. ketika itu kamu memang belum sedar namun sekarang kamu sudah sedar. Di level ini, otak kamu akan menerima bahawa kamu tidak boleh meramalkan pergerakan market, kerana memang tidak ada seorang pun boleh meramalkannya. Dari 7% trader yang ada di level ini, hanya sekitar 5% yang berhasil maju ke level berikutnya.

Trader Level 4
Level 4 Conscious Competence

Sekarang kamu hanya trading hanya jika system kamu memberi signal. Kamu cut loss sama senangnya dengan kamu take profit. kerana kamu tahu system kamu akan lebih banyak memberikan profit daripada loss, dan cut loss yang kamu lakukan adalah risiko bisnes iaitu max 2% dari account kamu.
Di level ini kamu mula target dengan profit 20 point per hari, dan setelah kamu mampu melakukannya secara konsisten selama beberapa minggu, kamu meningkatkan target dengan 40 point per hari. Akhirnya, kamu mampu lakukannya. Kamu memang masih harus kerja keras untuk mendapatkannya, memperbaiki system kamu, menguasai emosi kamu, dan melaksanakan money management yang kamu pegang. level ini biasanya berjalan sekitar 6 bulan. Dari 5% trader hanya sekitar 3% yang sanggup maju ke level berikutnya.

Trader Level 5
Level 5 Unconscious Competence

Sekarang kamu sampai di level 5, ini adalah level yang paling diharapkan oleh seluruh trader di dunia ini, di level ini kamu boleh trading dengan tenang, kamu telah menguasai semuanya, kamu boleh Dancing with the Market, kemanapun arah market berjalan, kamu telah open di posisi yang benar, tinggal melihat profit kamu bergerak dari 2 digit ke 3 digit. Inilah level puncak dari seorang trader, inilah level utopia, kamu telah menguasai emosi kamu dan kini kamu trading dengan account yang terus membesar tiap harinya dari kumulatif profit yang kamu peroleh. Kamu akan jadi bintang di trading chat room, dan orang-orang akan mendengarkan apa yang kamu katakan, kamu kenal dengan pertanyaan mereka, kerana kamu ada diposisi mereka 2 tahun yang lalu. Kamu akan memberi saranan kepada mereka, namun kamu tahu bahawa kebanyakan dari mereka tidak akan mendengarkannya kerana mereka masih trader level 1. Kamu tidak akan mempunyai masalah financial lagi, kamu mampu membeli semua benda yang tersedia untuk dijual, kamu boleh membeli pulau dan trading disana asalkan ada jaringan internet, kamu boleh pindah ke hotel 5 bintang, dan menjadi penghuni tetap disana. Kamu mempunyai penghasilan seperti seorang superstar, kamu boleh membuat buku sendiri, kamu boleh
trading dengan margin yang tanpa batas, dan account kamu akan berlipat-lipat dari account awal. Hanya 3% trader yang boleh mencapai level ini.
Sekarang kamu boleh dengan bangga berkata "SAYA SEORANG TRADER".


-special thanx to haikal from KURSUSFOREX-