Thursday, December 4, 2008

FOREX

Pernahkah anda mendengar mengenai hari “Black Wednesday”? Ia berlaku pada 16 September 1992, di mana Bank of England (Bank Negara England) kerugian sebanyak GBP3.4 billion. Orang yang mengaut keuntungan besar di sebalik insiden ini digelar sebagai,



“The Man Who Broke the Bank of England”



Lelaki ini tidak lain dan tidak bukan adalah George Soros, pelabur Forex terkenal seluruh dunia. Soros melihat kelemahan British Pound dan kedegilan Bank of England menaikkan Interest Rates dan beliau mengambil position “short” sebanyak USD10 billion! Dan hasil ‘trade’ tersebut sahaja, beliau membawa pulang keuntungan



Melebihi USD1 Billion
HANYA 1 HARI!



Walaupun anda tidak mempunyai berbillion dollar, namun anda juga masih boleh menghasilkan duit dalam arena yang sama seperti Soros dan masih berpeluang menghasilkan duit yang lumayan (walaupun bukan billion) dan yang paling penting dalam masa yang singkat.



Apakah arena yang disebutkan ini? Ia dipanggil pasaran Forex. FOREX adalah singkatan dari The Foreign Exchange Market. Dan ia adalah di mana semua matawang di dunia ini didagangkan.



Mungkin anda pernah dengar tentang Forex, namun mungkin anda tidak tahu bahawa anda berpeluang untuk melakukan transaksi Forex atau ‘trade Forex’. Ini kerana pada awalnya, hanya ‘Big Boys’ atau bank yang bermodal besar sahaja yang dibenarkan untuk ‘trade’ Forex. Mereka –orang-orang terkaya di dunia dan bank-bank besar- dengan senyap dan cepat mengambil duit hasil titik peluh orang ramai yang dilabur di dalam Mutual Fund, Bond, dan mereka laburkan kembali ke pasaran Forex. Mengapa mereka berbuat sedemikian?

2 comments:

Eppy El-Nino™ said...

salam bro..
sy pun trader tp maybe still kt level 1..penah keje laa kt cmpany forex, tp mcm fraud jer..so,baik main sendiri pkai platform yg ade..bro main platform ape? klu ada signal2 yg best dan bleh pkai hopefully leh laa share2..ok,peace out..

Raja Forex said...

new forex system Forex Viper