Thursday, July 31, 2008

THE HIGH RISK HIDDEN STORIES BEHIND FOREX.

Posted by jimiFX 0 comments
Sewaktu awal sy menceburi bidang FOREX ini, Sy terlalu idealistik dan optimistik sehingga menjadi seorang yg tidak realistik.Boleh dikatakan semua ayat2 yg sy baca tentang forex semuanyer terlalu menarik.'RM10K dalam masa 10minit'.Senang bukan?10minit dah dapat 10K.'Strategy 1000pips sehari.'Yg ni lg canggih..Kalo satu pips=1 usd,100pips=1000usd sehari dah dpt rm3000.Modal cuma 100usd(RM340).Wow!!!!Inilah bisnes yg sy cari.Modal kecil,untung besar,keja senang..Sehingga sy terlupa nk wat survey braper ramai org yg dah betul2 berjaya dalam market forex.Yang lebih menakjubkan lg, leh suruh robot tradekan utk kiter plak.Nice...kiter goyang kaki jek..tunggu withdrawal duit.Tak kesah la braper harga robot tu. Sy beli.Paling mahal RM300.Janji senang.Hasilnyer..memang setimpal dgn apa yg sy bayar for a ' very hard lesson learnt'( yg bulat tak mungkin dtg bergolek, yg pipih tak mungkin dtg melayang.Kalo nk main layang2 pegi Selayang la..Haha..)

Realitinyer, semua mentor2 forex tahu tentang perkara ini.Forex TRADING is difficult to learn unless u teach them how FOREX GAMBLING works.Dlm forex trading, it is wrong if u make forecasting.I can say that, it is not forecasting actually because dlm market forex YG VOLATILE,SEBARANG KEMUNGKINAN BOLEH TERJADI.mEMANG KITE PREDICT MARKET AKAN NAIK,TP SOMETIMES MARKET AKAN TURUN DULU SEBELUM NAIK.iTU SY TIDAK CITER LG TENTANG TAKTIK KOTOR BROKER YG MANIPULATE PRICE MOVEMENT untuk dapat keuntungan.

Untuk post ini, sy terpaksa berpikir selama 3hari sebelum buat post ini kerana sy mahu pembaca2 blog ini dapat memahami tentang idea@mindset yg sy cuba sampaikan kpd anda.Sbb itu sy berpikir agak lama untuk memastikan apa yg sy tulis ini benar2 berkualiti,bermutu dan boleh dipahami dgn senang.Memahami forex tidak cukup hanya dgn anda pergi ke kelas forex sehari, dan anda sudah boleh buat duit.iIt is a process.Mungkin sebulan.mungkin 3bulan.Mungkin setahun.Bergantung kpd sejauh mana pemahaman anda.Untuk mendapatkan ilmu forex, tahu itu satu perkara, paham plak satu perkara.Percayalah, jikalau ada mentor2 forex yg hanya memberitahu tentang begitu mudah buat duit dgn FOREX, anda hanya akan terhibur dgn dongeng penglipur lara ciptaan mereka.Indah untuk didengar, tp cukup pedih bila anda loss nanti.Cukup mudah utk tahu samada mentor anda benar2 buat duit dari market forex, atau buat duit dari kelas forex.Dua term yg hampir sama, tp cukup berbeza.Tunjukkan yg dia benar2 trade live akaun dpn anda, dan dia benar2 buat duit dpn mata anda.Adakah logik seseorg yg tidak tahu tentang apa yg akan berlaku pd masa hadapan boleh bg tahu anda yg trade ini akan benar2 untung?Gunakanlah daya berpikir anda sejenak.Nobody knows what will happen tomorrow.Only God knows everything.

Dalam forex, tidak ada jalan mudah.Tidak ada system yg holy grail.Perfect.Jika anda tidak sanggup menerima kerugian, forex bukanlah tempatnyer dan anda dipersilakan tidak mengunjungi blog sy lg.Sy juga pernah merasai 'the fear of losing money' sewak2 mula2 berjinak2 dgn forex.Tp sy anggap itu adalah harga yg sy perlu byr utk setiap lesson learnt yg sy dpt sepanjg perjalanan yg sy tempuh dlm dunia forex.Dari situ sy mula ubah mindset sy dari:

1)ingin cepat kaya kpd belajar utk survive@preserve capital(modal) dlm forex.
2)seorang yg tamak kpd seorg yg realisitk & menilai setiap risiko serta the worst effect dlm
setiap keputusan yg sy buat for my investment.
3)membina psikologi trading utk diri sy sendiri.Walaupun perlukan masa,tp itulah yg kekal utk diri sy sendiri.

Kpd anda di luar sana, hati2..belajarlah dari guru yg benar2 tahu tentang forex..kerana hakikatnyer tidak ramai guru yg benar2 tahu tentang forex, dan benar2 survive dalam market forex.Sy adalah seorg yg neutral kerana sy tidak buat blog ini utk mengiklankan tentang kelas forex.Tp yg sy cuba ingin sampaikan adalah pengalaman dan kesilapan yg pernah sy lakukan supaya anda boleh belajar dari guru sebijak pengalaman.Itu lebih bermanfaat bukan?Semoga berjaya.

Tuesday, July 29, 2008

PERFORMANCE HARI INI..

Posted by jimiFX 0 comments
29 july 2008
EUR/USD Sell SL:1.5767 TP:1.5683 SUCCESS!! 57 PIPS

Alhamdulillah..signal hari ini sudah berjaya mengaut keuntungan.Nampaknyer kite boleh kaut untung lebih dari sepatutnyer.Tp kenapa sy keluar dari market dan tidak menunggu sehingga profit lebih besar lg?Dalam market forex, Peluang sentiasa ada.There are a lot of opportunities.aND REMEMBER,THERE IS ALWAYS TOMORROW.

Sekiranyer kiter melatih diri kiter utk selalu bersikap tamak, sudah pasti kiter kerugian kerana sikap tamak akan mula bermaharajalela dlm diri kiter apabila menghadapi trade2 yg akan dtg.Always expect the unexpected.Ini adalah sebahagian dari trading physchology yg perlu anda bina dari hari ke hari.Jgn biarkan sikap tamak menguasai diri anda.

Saya percaya,jika anda dah terlalu ghairah mendapat keuntungan yg besar hari ini,adakah anda mampu menghadapi saat dimana anda kerugian?Walau hanya sepuluh pips?Secara teori,memang anda boleh.Tetapi secara physchologynyer, anda sedang berperang dgn perasaan tamak yg dah lama bersarang dalam hati anda.Disinilah konsep untuk bersyukur perlu ada.kembali kpd matlamat anda!!!

rULES NO 1,PRESERVE YOUR CAPITAL..ALWAYS REMEMBER RULES NO 1.jIKA ANDA TIDAK KEHILANGAN MODAL,DAN MODAL ANDA SEDANG BERTAMBAH,ITU SUDAH CUKUP BAGUS SEBENARNYER.Apabila anda focus kpd keuntungan,anda akan berakhir dgn kerugian..tp jika anda fokus untuk menjaga modal,anda akan berakhir dgn menjana keuntungan.Pikir2kanlah..

Monday, July 28, 2008

MINDSET seorang trader

Posted by jimiFX 0 comments
Apabila sy berpikir sejenak,mengapakah 95% dari new trader(termasuk sy), pernah gagal dalam dunia FOREX diawal waktu menceburkan diri dalam bidang ini?Adakah strategy yg mereka pelajari tak cukup berkesan?Persoalannyer skarang,seandainya sy menggunakan strategy yg cukup berkesan, dan mampu untuk menjana ribuan ringgit dalam masa beberapa saat,adakah strategy yg sama juga boleh digunakan oleh org lain dan mampu menjana keuntungan yg sama?Kalau benar begitu, kenapa tak ramai yg berjaya?
Sy berpendapat,setiap org dilahirkan dgn sifat(characteristic) yg cukup berbeza.Ada yg pemarah,peyabar,penyayang dan sbgnya.Seandainya kite seorg yg penyabar,mungkin kita boleh menggunakan trading strategy seperti fibonacci analysis,menahan mata menunggu berlakunyer retracement pada line golden ratio(61.8%).Seandainyer kiter seorg yg agresif,tak boleh menunggu dgn lama,pastinyer trading seperti ini menguji kesabaran kita.Silap2 boleh membawa kepada stress.It will effect our physchology.Sebenarnyer,dlm menilai erti hidup seorg pedagang FOREX, bukanlah mengaut keuntungan semata2,tetapi lebih kpd mengenali sifat dalam diri anda yg perlu disesuaikan dgn style trading anda supaya anda dpt memaksimakan kebolehan anda.kenali diri anda.Know yourself first.Determine whether the strategy is suit for you.Jgn berpk tentang strategy yg menguntungkan sahaja kerana ia tak mungkin akan menguntungkan jika tidak sesuai dgn personaliti anda.Di situlah nanti anda akan menjumpai 'pure satisfaction' selain daripada keuntungan yg anda cari.
Sbb itu bila kite study the way how george soros and warren buffet berfikir adalah jauh berbeza.Macam langit dgn bumi walaupun hakikatnyer kedua2 mereka adalah seorang investor.kerana apa?kerana characteristic warren buffet dan george soros itu sendiri adalah berbeza.pikir2kanlah.Sebab itu,sesetgh org berjaya bukan kerana dia genius dlm dunia forex,tp kerana characteristic dalam diri mereka yg memang sesuai untuk berada dalam dunia forex.Dgn kata lain, they are born to be a trader..anda bagaimana?

tips forex untuk hari ini:
carilah strategy yg betul2 sesuai dgn anda dan sebatikanlah dgn diri anda.
strategy bukanlah faktor utama yg menentukan kejayaan anda sebagai seorg trader.Its only 10%..

Losing Period

Posted by jimiFX 0 comments
Tolong bgtau dmanakah boleh sy jumpa trading system yg 100% tepat?Strategy yg berkesan utk digunakan selama2nya.Holy Grail System.Tak mungkin ada.Kerana pergerakan market adalah random(rawak).Sentiasa berubah2.Jadi,adakah setiap kali kita lost walaupun 10x berturut2 bererti strategy itu dah outdated?Dan jika kita menemui strategy baru yg berkesan skalipun,adakah strategy itu akan tahan selama2nya?Mentor sy pernah berkata, sehingga kini tidak ada satu strategy pun yg outdated.semuanya masih lg berkesan.Cuma..ramai trader2 forex yg terlupa tentang kewujudan 'losing period'..Saat dmana kita kerugian berturut2.mungkin sehingga 10x berturut2.Itulah yg dkatakan 'losing period'.Bg seorg trader yg berpengalaman,di sinilah saat dmana mind setting dan physchology seseorg trader itu akan teruji.Perlu ada fine tune.Sbb itulah penggunaan leverage yg rendah menjamin survivality seseorg trader itu dmana penggunaan leverage yg rendah,dpt membantu seseorg trader survive dlm bidang forex ini.It is unrealistic for the Forex performance graph to have a constant slope.Kdg2 kiter untung,kdg2 pasti ada saat kiter kerugian.Begitu juga graph FOREX.Pasti akan berlaku retracement..berpijaklah dibumi yg nyata.Sesungguhnya,'losing period' itu sentiasa ada,cuma kita tidak tahu dimana dan bila ia akan berkenalan dgn kita.Mungkin dsaat mata kiter telah dikaburi dgn profit.Maka tunggulah nanti..bermain dgn risiko anda pasti tidak akan ke mana2.Sdgkan george soros sendiri tidak bermain dgn risiko yg tinggi.Apakah kita yg baru berjinak2 dgn dunia forex semalam,dah berani bermain dgn risiko yg kiter sendiri tidak ketahui?
Fikir2kanlah..Salam manis dari sy.
-pedagang forex-
TIPS FOREX UTK HARI INI:
ALWAYS EXPECT THE UNEXPECTED!!!!!!!

Sunday, July 27, 2008

high leverage vs low leverage

Posted by jimiFX 0 comments
Bg trader yg berpengalaman,cukup dgn mengetahui brapekah leverage yg anda gunakan,sudah boleh menjangka samada anda boleh menjadi seorg trader yg berjaya @ tidak pada masa akan dtg..Sekalipun hari ini anda berjaya membuat keuntungan melebihi dari modal anda,mungkin sehingga lebih dari 100%-500% nilai modal anda,tp tunggu sahaja saat dmana anda akan kehilangan semua modal anda..mungkin esok..mungkin lusa..mungkin bulan dpn..mungkin tahun dpn..pepatah melayu ada menyebut..'Sepandai2 tupai melompat..akhirnyer jatuh berdebush!!!begitulah perumpamaan leverage..semakin tinggi leverage yg di ambil,semakin kuat sakitnyer terasa bila jatuh..

TIPS FOREX HARI INI..
gunakan leverage 20:1 untuk berdagang dlm forex..
biar untung sket..asalkan anda boleh survive walaupun trade anda lost 100kali berturut2..walaupun sy tak braper gemar subjek calculus..tp yg pasti..dlm dunia forex cuma ada dua sahaje probability..buy@sell..bg mereka yg terror math..secara logiknyer..brapekah probability untuk anda lost 100kali berturut2 dalam dunia FOREX?jawapannya memang boleh..tp agak mustahil utk anda lost 100x berturut2..Jd..pikir2kanlah..

Saturday, July 26, 2008

a new day has come..

Posted by jimiFX 0 comments
Terima kasih kpd kwn2 yg memberikan semangat and support hingga tercetusnyer ilham utk menulis di blog ini.Blog ni adalah cetusan idea yg cuba dikongsi sepanjang perjalanan yg ditempuh dalam dunia forex yg berliku2 dan berbatu2.Adakala terjatuh,adakala tersepak batu,dan yg lebih malang lg apabila jatuh ditempat yg sama dalam lubang yg sama..Aduh!!memang sakit skali.Walau apapun..setiap kali kiter jatuh..mesti perlu ada semangat untuk bangkit kembali dan bersedia utk MELOMPAT DGN LEBIH TINGGI LAGI....just nk share rules utk trading forex..

  1. GOOD MONEY MANAGEMENT
  2. DON'T FORGET RULES NO 1