Thursday, July 31, 2008

THE HIGH RISK HIDDEN STORIES BEHIND FOREX.

Posted by jimiFX 0 comments
Sewaktu awal sy menceburi bidang FOREX ini, Sy terlalu idealistik dan optimistik sehingga menjadi seorang yg tidak realistik.Boleh dikatakan semua ayat2 yg sy baca tentang forex semuanyer terlalu menarik.'RM10K dalam masa 10minit'.Senang bukan?10minit dah dapat 10K.'Strategy 1000pips sehari.'Yg ni lg canggih..Kalo satu pips=1 usd,100pips=1000usd sehari dah dpt rm3000.Modal cuma 100usd(RM340).Wow!!!!Inilah bisnes yg sy cari.Modal kecil,untung besar,keja senang..Sehingga sy terlupa nk wat survey braper ramai org yg dah betul2 berjaya dalam market forex.Yang lebih menakjubkan lg, leh suruh robot tradekan utk kiter plak.Nice...kiter goyang kaki jek..tunggu withdrawal duit.Tak kesah la braper harga robot tu. Sy beli.Paling mahal RM300.Janji senang.Hasilnyer..memang setimpal dgn apa yg sy bayar for a ' very hard lesson learnt'( yg bulat tak mungkin dtg bergolek, yg pipih tak mungkin dtg melayang.Kalo nk main layang2 pegi Selayang la..Haha..)

Realitinyer, semua mentor2 forex tahu tentang perkara ini.Forex TRADING is difficult to learn unless u teach them how FOREX GAMBLING works.Dlm forex trading, it is wrong if u make forecasting.I can say that, it is not forecasting actually because dlm market forex YG VOLATILE,SEBARANG KEMUNGKINAN BOLEH TERJADI.mEMANG KITE PREDICT MARKET AKAN NAIK,TP SOMETIMES MARKET AKAN TURUN DULU SEBELUM NAIK.iTU SY TIDAK CITER LG TENTANG TAKTIK KOTOR BROKER YG MANIPULATE PRICE MOVEMENT untuk dapat keuntungan.

Untuk post ini, sy terpaksa berpikir selama 3hari sebelum buat post ini kerana sy mahu pembaca2 blog ini dapat memahami tentang idea@mindset yg sy cuba sampaikan kpd anda.Sbb itu sy berpikir agak lama untuk memastikan apa yg sy tulis ini benar2 berkualiti,bermutu dan boleh dipahami dgn senang.Memahami forex tidak cukup hanya dgn anda pergi ke kelas forex sehari, dan anda sudah boleh buat duit.iIt is a process.Mungkin sebulan.mungkin 3bulan.Mungkin setahun.Bergantung kpd sejauh mana pemahaman anda.Untuk mendapatkan ilmu forex, tahu itu satu perkara, paham plak satu perkara.Percayalah, jikalau ada mentor2 forex yg hanya memberitahu tentang begitu mudah buat duit dgn FOREX, anda hanya akan terhibur dgn dongeng penglipur lara ciptaan mereka.Indah untuk didengar, tp cukup pedih bila anda loss nanti.Cukup mudah utk tahu samada mentor anda benar2 buat duit dari market forex, atau buat duit dari kelas forex.Dua term yg hampir sama, tp cukup berbeza.Tunjukkan yg dia benar2 trade live akaun dpn anda, dan dia benar2 buat duit dpn mata anda.Adakah logik seseorg yg tidak tahu tentang apa yg akan berlaku pd masa hadapan boleh bg tahu anda yg trade ini akan benar2 untung?Gunakanlah daya berpikir anda sejenak.Nobody knows what will happen tomorrow.Only God knows everything.

Dalam forex, tidak ada jalan mudah.Tidak ada system yg holy grail.Perfect.Jika anda tidak sanggup menerima kerugian, forex bukanlah tempatnyer dan anda dipersilakan tidak mengunjungi blog sy lg.Sy juga pernah merasai 'the fear of losing money' sewak2 mula2 berjinak2 dgn forex.Tp sy anggap itu adalah harga yg sy perlu byr utk setiap lesson learnt yg sy dpt sepanjg perjalanan yg sy tempuh dlm dunia forex.Dari situ sy mula ubah mindset sy dari:

1)ingin cepat kaya kpd belajar utk survive@preserve capital(modal) dlm forex.
2)seorang yg tamak kpd seorg yg realisitk & menilai setiap risiko serta the worst effect dlm
setiap keputusan yg sy buat for my investment.
3)membina psikologi trading utk diri sy sendiri.Walaupun perlukan masa,tp itulah yg kekal utk diri sy sendiri.

Kpd anda di luar sana, hati2..belajarlah dari guru yg benar2 tahu tentang forex..kerana hakikatnyer tidak ramai guru yg benar2 tahu tentang forex, dan benar2 survive dalam market forex.Sy adalah seorg yg neutral kerana sy tidak buat blog ini utk mengiklankan tentang kelas forex.Tp yg sy cuba ingin sampaikan adalah pengalaman dan kesilapan yg pernah sy lakukan supaya anda boleh belajar dari guru sebijak pengalaman.Itu lebih bermanfaat bukan?Semoga berjaya.